
Buat julung-julung kalinya sebuah pesta tradisi diadakan di Daerah kecil Telupid yang akan dianjurkan oleh sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama radio online pertama Telupid, iaitu, Labuk.FM (Labuk dot FM). Labuk Fest bakal diadakan pada 19 dan 20 November 2011, bertempat di perkarangan SEDCO Telupid. Acara-acara yang bakal menghangatkan festival tersebut adalah Pertandingan Kugiran (Battle Of The Band), pameran tradisi suku kaum Dusun Labuk, penjualan dan promosi album-album artis tempatan Sabah, konsert artis-artis tempatan sabah, dan banyak lagi. Read more
Saving...
