Warning: Missing argument 2 for wpdb::prepare(), called in /home/benggon/public_html/sumandak/port/wp-content/plugins/wp-symposium/wp-symposium.php on line 1110 and defined in /home/benggon/public_html/sumandak/port/wp-includes/wp-db.php on line 1247
SUMANDAK.COM » Up Close With: Hary Nianti

Up Close With: Hary Nianti

Siapa sangka pemuda kacak dari Beluran yang baru mencecah 26 tahun ini rupanya memiliki suara yang memang hebat – Satu pakej yang mimang ngamlah urang bilang. Peter Haryson Nianti atau lebih dikenali sebagai Hary Nianti merupakan antara 10 finalis KE Next Top Entertainer (KENTE) Musim Pertama (2009), namun nasib tidak menyebelahi Hary pada ketika itu kerana beliau sama sekali tidak berjaya merangkul sebarang anugerah. Walaupun beliau kecundang, namun aktiviti nyanyiannya tidak terhenti di situ sahaja. Apa yang pasti, Hary kerapkali diundang untuk menyanyi di sekitar Kota Kinabalu selepas itu, dan kini, Hary berjaya menghasilkan album sulung beliau di bawah label Pusakag Production. Ikuti temubual Sumandak.Com bersama Hary Nianti dalam bahasa pasar Sabah. Kita kupas dan kurik apa yang tidak kena tulis di surat khabar. Habislah Hary ni kali…

SUMANDAK: Sia tau ini soalan macam soalan buduh jugalah tapi sia mau Hary berterus-terang saja. Hary kasi vibratekah itu handphone Hary?
HARY NIANTI: Ya! (Ketawa)

SUMANDAK: OK… Kita direct to the point cerita pasal album ko yang terbaru, Kada Pologoso. Ini tajuk album Hary dalam Bahasa Dusun yang bermaksud ‘Jangan Biarkan’. Adakah Hary sudah sedia fikir apa bentuk atau konsep album yang Hary mau bila mula-mula Hary bikin ni album?
HARY NIANTI: Ya, ngam laitu maksud tu. (Ketawa) Lebih kurang laitu ‘Jangan Biarkan’ maksud tu ‘Kada Pologoso’. Sebenarnya, sia sendiri tidak menyangka yang KENTE sudah bawa sia sejauh ini sebab pada masa itu, sia cuma mau mencuba nasib selepas mendapat dorongan daripada kawan-kawan. Sia telah diberikan peluang oleh pihak Pusakag Productions untuk merakamkan album. Memang sia sudah berfikir mengenai konsep album sia selain mengambil kira pandangan dari pihak-pihak tertentu.

SUMANDAK: Ada khabar angin pasal penghasilan album Hary yang kononnya telah beberapa kali tergendala atau kana tunda. Apa perasaan Hary apabila album Hary kini sudah berjaya dihasilkan dan sedang berada di pasaran tempatan?

HARY NIANTI: Memang betul laitu ko dingar tu. (Katawa) Sebenarnya, rakaman album sia ni telah start sekitar penghujung tahun 2009. Tapi oleh kerana komitmen kerja sia yang begitu padat, maka ada sukar sikit untuk sia membahagikan masa di antara kerja dengan rakaman tersebut. Sia terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur (KL) ke Kota Kinabalu (KK) untuk membuat rakaman. Mimang sengsara jugalah tapi sia berasa amat bersyukur kerana album sia ini akhirnya berada di pasaran tempatan sejak Julai tahun ini.

SUMANDAK: Kita tau yang para peminat lagu-lagu tempatan sekarang cenderung dengan download dan mp3. Selalu kita dengar alasan seperti ‘susah mau cari ini album’, ‘tiada duit bah, mahal baitu’, dan ‘sekali bili saja turus inda syok dingar, rugi saja beli’. Jadi, soalan sia untuk Hary. Bagaimana Hary mau ‘pujuk’ urang kita ni untuk beli album ko dan bukan google di Internet untuk download lagu-lagu Hary dalam bentuk mp3?

HARY NIANTI: Ummm… Kalau mau cakap pasal download dan mp3 ni, itu mimang satu topik yang susah mau dicakap maupun dikawal. Kadang-kadang ada pihak-pihak tertentu yang sengaja mau mencari keuntungan dan dia inda sedar bahawa tindakan dia itu sebenarnya ‘melukakan’ pasaran dan mata pencarian penyanyi tersebut. Kalau bulih, kita sukung-sukunglah industri muzik tempatan kita sebab kalau bukan kita, sepa lagi yang mau sukung? Lagipun, pasaran kita ini pun tidaklah seluas pasaran antarabangsa. Nasihat sia kepada para peminat lagu-lagu tempatan, tunjukkanlah sukungan korang dengan membeli album yang original.

SUMANDAK: Lazimnya, penyanyi kita yang sudah berjaya menghasilkan album pertama diorang tidak akan berupaya untuk bikin album kedua diorang. Pada pandangan ko lah, Hary. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada isu ini?
HARY NIANTI: Bagi pandangan sia, komitmen memainkan peranan penting dalam penghasilan sesuatu album. Apa lagi kalau yang sudah ada pekerjaan sendiri dan berkeluarga. Selalunya masa dan sumber kewangan yang terhad menjadi penghalang utama untuk seseorang penyanyi itu untuk menghasilkan album diorang, kecualilah bagi diorang yang betul-betul menjadikan kerjaya seni sebagai karier utama diorang.

SUMANDAK: Hary rasa Hary bulih bikin album kedua Hary kah selepas ni?
HARY NIANTI: (Senyum) Itu sia belum sure lagi dan sia cuma bulih cakap ‘no comment’, tapi sia percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

SUMANDAK: Ini soalan daripada urang-urang yang belum sempat lagi beli album Hary. Apa yang diorang bulih jangkakan kalau diorang beli album Hary? Mesti diorang mau tau juga dari Hary sendiri apa yang special betul pasal album sulung Hary ni. Bulih Hary kasitau apa yang Hary rasa yang album Hary ni berbeza daripada album-album penyanyi tempatan Sabah yang lain?
HARY NIANTI: Album ‘Kada Pologoso‘ ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat sebab memiliki konsep muzik moden, serta menampilkan kepelbagain bahasa seperti KadazanDusun, Melayu, dan Inggeris. Album ini memuatkan 10 buah lagu dan sebuah lagu artis jemputan, Joseph George. Kebanyakan lagu-lagu dalam album sia ni adalah hasil sentuhan Douglas Henry. Album ni pun tidak tertumpu kepada satu jenis rentak sahaja sebab ada juga bah rentak Sumazau yang bulih juga bikin menari. So, all-in-one lah maksudnya. Habis satu pakej terus. (Ketawa)

SUMANDAK: Paling akhir punya soalan untuk Hary, ko ada Fan Page atau laman sesawang (web) kah? Cuba gia bagitau URL dia.
HARY NIANTI: Oh, jangan susah. Mimang sia ada Facebook Fan Page yang boleh diakses di alamat ini http://www.facebook.com/kadapologoso dan laman rasmi sia sendiri di http://www.wix.com/haryson_85/hary-nianti. Jangan lupa add Hary nanti! (Ketawa)

Nama Sebenar: Peter Haryson Nianti
Nama Glamor: Hary Nianti
Umur: 26 Tahun
Asal: Beluran, Sabah
Lokasi Sekarang: Kuala Lumpur
Hobi: Menyanyi
Pekerjaan: Pegawai Kebudayaan di  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kuala Lumpur.

Back Album

Apa yang korang perlu tau tentang lagu-lagu di dalam album sulung Hary Nianti, Kada Pologoso.

  • Kebanyakan lagu mendapat sentuhan daripada komposer muda, Douglas Henry Moinis.
  • Terdapat 6 bahasa dalam 1 album: Kadazan, Dusun, Labuk, Melayu, dan Inggeris.
  • Memuatkan 11 buah lagu termasuk 1 lagu Bonus.
  • Harga pasaran adalah RM35.00: DVD Karaoke+Audio CD
  • Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Hary Nianti – Kada Pologoso adalah: Track 1 – Kada Pologoso, Track 2 – Olumis Koh Umandak, Track 3 – Kau Ku Cinta, Track 4 – Poilo Isio, Track 5 – About U, Track 6 – Tondu Lansanonku, Track 7 – Raraa Beluran, Track 8 – Ku Sempurna, Track 9 – Mandad Sisimba 2 (ft. Betcy Michael), Track 10 – Tikid Tadau, Track 11 – Iziau Nodaa (ft. Joseph George)

Gambar: Hary Nianti’s Facebook Fan Page


Comments are closed.